PERMAINAN KECIL
Permainan kecil
amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang
mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti permainan
kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan
melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar,
menangkap dan menyepak.
Tambahan pula, menurut Eisen (1998),
kanak-kanak jika ditinggalakan bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan,
mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu
diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok.
2. OBJEKTIF-OBJEKIF
PERMAINAN KECIL
Terdapat tiga objektif utama yang
telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton (1979):
1. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
Ø Membangunkan kemahiran lokomotor.
Ø Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
Ø Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
Ø Membangunkan kecergasan fizikal.
2. Objektif Pembangunan Kognitif
Ø Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
Ø Menolong dalam pemahaman peraturan.
Ø Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
Ø Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
3. Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
Ø Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
Ø Menggalakkan keadilan.
Ø Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
Ø Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
Ø Membangunkan kualiti kepimpinan.
Ø Membangunkan semangat kerjasama.
3. CIRI-CIRI PENTING
DALAM PERMAINAN KECIL
1. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
2. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
3. Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
4. Tudak menggunakan masa yang panjang.
5. Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
6. Perjalanan permainan data diubahsuai.
7. Senang untuk dijalankan.
No comments:
Post a Comment