Thursday, 23 August 2012


PERMAINAN KECIL : IKAN DI DALAM JARING
Sasaran : kanak-kanak dalam bilangan ramai.
Objektif :
·                    Menguatkan otot kaki
·                    Melatih pemain agar sentiasa bersedia
·                    Menguatkan daya bersaing
·                    Meningkatkan kepantasan bergerak dan berfikir pemain
Alatan : tiada
Lokasi : padang @ tempat yang luas
Peraturan Permainan  :
1.      Ikan dalam jaring perlu keluar daripada jaring sebanyak mungkin.
Cara Bermain :
1.      10 hingga 15 kanak-kanak dan berpegangan tangan dalam barisan memanjang menjadi jarring.
2.      Jaring perlu berada ditepi kolam.
3.      Separuh lagi kanak-kanak daripada kelas itu menjadi ikan.
4.      Ikan perlu berada lebih kurang jarak 20 kaki daripada jaring.
5.      Kanak-kanak bergerak didalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam.Mereka beraksi seolah-olah sedang berenang.
6.      Apabila isyarat ‘mula’ atau wisel dibunyikan,jaring cuba mengepung ikan yang berenang tadi.
7.      Ikan-ikan tadi boleh melepaskan dirinya dengan berlari menerobos jaring atau melompat keatas ataupun bawah jaring.
8.      Ikan tidak boleh berenang keluar dari kawasan kolam.
9.      Ikan yang ditangkap dan keluar dari kolam semasa permainan tidak boleh bermain lagi.
10.  Ulangan permainan dengan bertukar jaring menjadi ikan dan sebaliknya.






PERMAINAN KECIL : PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
Sasaran : Tahap umur dalam lingkungan 5 tahun hingga remaja tanpa mengira jantina
Objektif :
·                    Dapat bersenam dan mengeluarkan peluh.
·                    Dapat melatih diri untuk berlari pantas.
·                    Meningkatkan daya tahan
·                    cardiovascular

Alatan : tiada
Lokasi : padang @ tempat yang luas

Cara Bermain :
1. Pelajar berdiri dalam keadaan berselerak dalam kawasan yang telah ditanda.
2. Seorang pelajar akan dipilih menjadi harimau dan duduk di barisan hadapan.
3. Pelajar-pelajar lain akan menjadi mangsa, berselerak di belakang harimau.
4.Apabila pemain-pemain membunyikan lagu pukul berapa datuk harimau?
 5. Datuk harimau akan menjawab pukul satu dan menoleh ke belakang.
6. Pemain-pemain akan berdiri seperti patung.
7. Pemain-pemain akan berulang kali menyanyikan lagu ini hingga datuk harimau menyebut pukul dua belas.Apabila pemain menyentuh belakang Datuk harimau, harimau akan menyerang pemain.
9. Pemain-pemain akan lari untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa.
10. Pemain tidak boleh lari melebihi kawasan yang ditanda.
11. Pemain yang ditangkap oleh harimau akan menjadi harimau.
12. Permainan diteruskan dengan Datuk harimau yang baru.


Wednesday, 22 August 2012


PERMAINAN KECIL : PEPATUNG (a, e, i, o, u)
Sasaran : Tahap umur dalam lingkungan 5 tahun hingga remaja tanpa mengira jantina
Objektif :
·                    Dapat bersenam dan mengeluarkan peluh
·                    Dapat menahan diri dari bergerak
·                    Meningkatkan daya tahan
·                   Kardiovaskular

Alatan : tiada
Lokasi : padang @ tempat yang luas
Cara Bermain :
1. Pelajar berdiri dalam keadaan berselerak dalam kawasan yang ditanda.
2. Seorang pelajar dipilih untuk menjadi ketua. Ketua dilantik menggunakan kaedah pengiraan kaki seperti ‘cat cilot at at cat cilot tukang cat tergigit pacat terlompat-lompat’. Ataupun boleh memilih ketua dengan menggunakan ‘lat tali lat laili tamplom’.
3. Apabila ketua menyebut a, e, i, o, u, pemain-pemain akan berhenti bergerak dan berada dalam keadaan seperti patung
.4. Pelajar boleh menggayakan aksi seperti patung yang pernah mereka lihat.
5. Pemain yang tidak dapat menjadi patung akan dikeluarkan dari kumpulan.
6. Permainan diteruskan sehingga guru mengarahkan ketua baru dilantik menggunakan kaedah yang sama.



PERMAINAN KECIL : PIJAK BELON
Sasaran : umur lingkungan 5 hingga remaja tanpa mengira jantina
Objektif :
·                    Dapat bersenam dan mengeluarkan peluh
·                    Dapat melatih pergerakan gallop
·                    Meningkatkan daya tahan
·                    Kardiovaskular

Alatan : Belon, tali/ benang
Lokasi : padang @ tempat yang luas
Cara Bermain :
1. Belon diikat pada sebelah kaki setiap pemain.
2. Setiap pemain perlu menjaga belon masing-masing dari dipijak oleh pemain-pemain lain.
3. Sebaliknya setiap pemain perlu memecahkan belon-belon pemain-pemain yang lain.
4.Antara peraturan dalam permainan ini adalah pemain hanya dibenarkan untuk memecahkan belon-belon tersebut dengan memijak belon-belon tersebut menggunakan kaki mereka. Mereka tidak dibenarkan memecahkan belon-belon tersebut dengan menggunakan sebarang alatan bantuan samaada tajam atau tumpul. Selain itu, pemain hanya dibenarkan bermain dalam kawasan yang ditetapkan. Sesiapa yang keluar dari kawasan tersebut kehilangan kelayakan dan gagal. Pemain juga tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang jenis kekasaran kepada mana-mana pemain yang berada di situ.
5. Pemain yang belonnya telah dipecahkan, kehilangan kelayakan dan perlu meninggalkan gelanggang permainan.
6. Pemain terakhir yang mampu memecahkan belon orang lain dan pada masa yang sama berjaya menjaga belonnya dari dipecahkan orang lain memenangi permainan ini.



PERMAINAN KECIL : MUSANG DAN AYAM
Sasaran : kanak-kanak dalam bilangan ramai.
Objektif :
·                    Menguji kelincahan atau kepantasan dalam berlari.
·                    Untuk memupuk semangat setia kawan dan kerjasama.
·                    Meningkatkan daya tahan.
·                    Menguatkan otot kaki.
·                    Mempercepatkan degupan jantung agar badan sihat.

Lokasi : Di tempat yang luas dan lapang.
Contohnya padang, atau boleh juga di halaman rumah.
Cara Bermain :
1. Pelajar berada dalam barisan.
2. Setiap barisan mempunyai lima atau enam orang pelajar.
3. Setiap barisan akan memilih seorang murid untuk menjadi Musang.
4. Murid-murid dalam barisan itu berdiri berekor-ekor memegang kawan yang di hadapan.
5. Pelajar yang berada di hadapan barisan menjadi ayam dan mendepakan tangannya serta menahan Si Musang dari memakan anak ayam.
6. Tujuan Si Musang itu ialah cuba mencuit pelajar yang berada dihujung barisan (belakang).
7. Apabila Musang berjaya menangkap pelajar tersebut, dia akan pergi ke barisan belakang dan ibu ayam akan menjadi Musang yang baru.


Monday, 13 August 2012


PERIGI BERACUN

Sasaran : Kanak-kanak dan dewasa
Objektif :
·                    Menguatkan otot kaki
·                    Melatih pemain agar sentiasa bersedia
·                    Menguatkan daya bersaing
·                    Meningkatkan kepantasan bergerak dan berfikir pemain
 Alatan : gelung Rotan
Lokasi : Kawasan lapang dan rata
Peraturan Permainan  :
Sesiapa yang masuk dalam perigi ( gelung rotan )semasa tarik menarik dikira mati
Cara Bermain :
1.      Kanak-kanak membuat kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hongga 6 orang kanak-kanak.
2.      Kanak-kanak berpegangan tangan membentuk bulatan.
3.      Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan.
4.      Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan.
5.      Sesiapa terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan dari permainan.
Aktiviti boleh dijalankan dalam beberapa kumpulan serentak.



PERMAINAN KECIL

    1.    DEFINISI PERMAINAN KECIL
Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.
Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggalakan bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok.
    2.    OBJEKTIF-OBJEKIF PERMAINAN KECIL
     Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton (1979):
      1.    Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
Ø  Membangunkan kemahiran lokomotor.
Ø  Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
Ø  Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
Ø  Membangunkan kecergasan fizikal.

      2.    Objektif Pembangunan Kognitif
Ø  Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
Ø   Menolong dalam pemahaman peraturan.
Ø  Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
Ø  Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

      3.    Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
Ø  Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
Ø  Menggalakkan keadilan.
Ø  Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
Ø  Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
Ø  Membangunkan kualiti kepimpinan.
Ø   Membangunkan semangat kerjasama.

3. CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL
      1.    Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
      2.    Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
      3.    Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
      4.    Tudak menggunakan masa yang panjang.
      5.    Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
      6.    Perjalanan permainan data diubahsuai.
      7.    Senang untuk dijalankan.


Thursday, 9 August 2012


SEJARAH TABIKA KG PULAI BERGADING

Tabika Kg. Pulai Bergading telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan kerjasama dari Jabatan Kemajuan Masyarakat,Pengerusi serta penduduk setempat.Bermulanya di surau kini Tabika Kg. Pulai Bergading memiliki bangunan yang selesa.Sejak penubuhan sehingga sekarang tabika ini berjalan dengan lancer tanpa sebarang masalah.
            Bermulanya tahun 2000 sehingga kini keseimbangan jumlah kanak-kanak yang mendaftar dan belajar amat memberangsangkan.Dan saya adalah guru yang ketiga  mengajar di tabika itu.
            Sejak ditubuhkan tabika ini sentiasa dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang belajar di tabika ini seperti yang boleh dilihat pada hari ini.
            Terima Kasih kepada insan-insan yang sanggup bersusah payah memajukan Tabika Kg. Pulai Bergading selama ini.Jasa kalian semua tidak akan dilupakan sampai bila-bila.







Saturday, 30 June 2012

rinaasnan79: Diri Saya

rinaasnan79: Diri Saya: Di lahirkan di Selangor.Menetap di Gopeng,Perak.Suka mendengar lagu-lagu slowrock.Suka juga melancong untuk ketenangan...